Saturday, November 16, 2013

Konvensyen KIK Kementerian Belia dan Sukan 2013

Insya allah 18 hingga 19 November 2013 nanti bertempat di Podium B, Menara KBS Putrajaya, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang akan menghantar Pasukan Seri Pahang yang akan menyertai pertandingan KIK Peringkat Kementerian Belia dan Sukan Tahun 2013.
 
Yang lebih manisnya, tajuk yang akan dipersembahkan oleh Kumpulan Seri Pahang nanti adalah berkaitan secara langsung dengan Kompleks Rakan Muda Sukan Air Rompin. Maaf, tajuknya tidak boleh diumumkan dan dipaparkan di sini lagi sebelum tiba hari pertandingan kerana bimbang akan nilai-nilai "surprise" nanti akan tiada pada penonton dan pendengar semua.
 
Kami warga Kompleks Rakan Muda Sukan Air Rompin mengiringi Kumpulan Seri Pahang dengan doa semoga kumpulan ini akan mencipta kejayaan dan menjadi satu lipatan sejarah buat Kompleks Rakan Muda Sukan Air Rompin secara langsung dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang secara keseluruhannya.
 
NEGERI PAHANG KAYANYA HASIL
KHAZANAHNYA PULA TIADA TERNILAI
HARAPAN KAMI SEMOGA BERHSIL
MENDAPAT TEMPAT DI HATI PENILAI 

Monday, July 8, 2013

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 1434H

 
Kami warga kakitangan Kompleks Rakan Muda Sukan Air Rompin
ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1434H buat semua Pegawai dan Kakitangan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Belia dan Beliawanis, Pengguna-pengguna kemudahan di KRMSA Rompin dan semua muslimin dan muslimat di mana jua anda berada.
Semoga kita semua akan diberkati dan diterima amal soleh yang kita kerjakan.

Wednesday, May 15, 2013

PENGHARGAAN TERIMA KASIH
 
Sekalung penghargaan terima kasih yang tidak terhingga buat
Haji Tuan Abdul Rahim Bin Tuan Baharu, mantan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang yang bertukar ke Pejabat Pesuruhjaya Sukan setelah menabur bakti, menyemai budi di Bumi Darul Makmur ini khususnya di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang bermula 1/4/2008 hingga 13/5/2013.
 
Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
 
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan
Hidup adalah perubahan
Tak tau bagaimana lajunya putaran
Tapi roda selalu berputaran.
 
Dalam setiap perjalanan kita merantai kisah
suka duka
tangis tawa
Kita banyak berkongsi masalah
kadang-kadang kita tak sehaluan
Tapi lebih banyak kita bergandingan tangan.
 
 
Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan
 
Tuai padi antara nampak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
 
Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
           Panjang usia bersua kembali          
 
SELAMAT DATANG
 
Kami warga Kompleks Rakan Muda Sukan Air Rompin mengucapkan Selamat Datang kepada Pengarah baru Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang,
Tuan Haji Kamaruzzaman Hassan Bin Mansor yang sebelum ini bertugas di Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara,
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
 
Kedatangan Tuan Pengarah yang baru ini diibaratkan sebagai sireh pulang keganggang kerana pernah menjadi Pengarah di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang pada 17/12/2004 hingga 1/1/2007.
 
Semoga Jabatan Belia dan Sukan Negeri akan terus cemerlang di bawah kepimpinan tuan dalam memartabatkan pembangunan belia dan sukan di Negeri Pahang.
 
 
 
 

Wednesday, March 6, 2013

Kadar Sewaan

KADAR SEWAAN KEMUDAHAN DI KOMPLEKS RAKAN MUDA SUKAN AIR ROMPIN ADALAH SEPERTI BERIKUT:-
 
 
Jenis Kemudahan                                                      Kadar Bayaran (RM)
 
 
ASRAMA (Kadar Bayaran Seorang)                                                       

1. Bilik Berdua (Aircond)                                                   RM 20.00/Sehari 
2. Bilik Berdua (Kipas)                                                      RM 10.00/Sehari
3. Dorm (Bilik Berempat)                                                 RM  7.00/ Sehari
 
*Bayaran Dobi RM5.00 dikenakan seorang untuk satu tempoh penggunaan penginapan
 
DEWAN SERBAGUNA
Bagi tujuan perhimpunan/mesyuarat                           RM 30.00 Sejam
                                                                                                      atau
                                                                                              RM 300.00 Sehari
 
BILIK MESYUARAT                                                      RM 20.00 Sejam
(berhawa dingin)
 
BILIK KULIAH                                                                RM 20.00 Sejam
                                                                                                      atau
                                                                                                RM 200.00 Sehari
 
GELANGGANG PERMAINAN
1. Gelanggang Badminton                                                   RM   8.00/Sejam
2. Gelanggang Sepaktakraw                                                RM   8.00/Sejam
3. Gelanggang Bola Jaring                                                  RM 30.00/Sejam
4. Gelanggang Futsal                                                           RM 15.00/Sejam
 
 

Untuk sebarang tempahan bagi penggunaan kemudahan tersebut, bolehlah menghubungi
 
Pengurus
Kompleks Rakan Muda Sukan Air Rompin
Kampung Pantai Bernas
26810 Kuala Rompin
Pahang Darul Makmur
Tel: 09-4120458                 Fax: 09-4120457
 

Jenis Kemudahan

Antara kemudahan-kemudahan yang terdapat
di Kompleks Rakan Muda Sukan Air Rompin
adalah seperti berikut:-
 
 
Bilik Mesyuarat
Kapasiti: 20 Orang
4 Bilik Kulih
Kapasiti : 30 Orang Bagi Satu Bilik

Enam (6) Gelanggang Badminton
Enam (6) Gelanggang Sepak Takraw
Dua (2) Gelanggang Bola Jaring

Dewan Serbaguna
Kapasiti: 300 Orang

Surau
Kapasiti: 100 Orang

Dewan Makan
Kapasiti : 100 Orang

2 Unit Rumah Tetamu
 
Jeti Terapung

Pelancar Bot

Asrama Lelaki dan Perempuan
Kapasiti: 100 Orang (50 Lelaki dan 50 Perempuan)

Kolam Skuba
Kapasiti: 20 orang

Stor Terbuka

Stor Tertutup

Washing Bay

Friday, February 8, 2013

SELAMAT TAHUN BARU CINA 2013 (TAHUN ULAR)

 
 
Pengurusan Kompleks Rakan Muda Sukan Air Rompin ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina, "Gong Xi Fa Cai" kepada semua rakyat Malaysia berketurunan Cina khususnya BELIA DAN BELIAWANIS CINA. Semoga tahun ular ini akan mendatangkan keamanan, kesihatan dan kemakmuran kepada semua.
 
Ingatan Tulus Ikhlas Dari:-
Pengurusan KRMSA Rompin
 
Nota Kaki:-
 
Maksud Tahun Ular mengikut kefahaman kaum cina:-
 
* Yin/Yang ~ Yin
 
* Unsur Tetap ~ Api
 
* Unsur Positif ~ Berfikir panjang, bijaksana, lemah lembut, sensual, mistik, kreatif, cermat,  pintar, berwaspada, bertanggungjawab, kuat, setia, tekad.
 
* Unsur Negatif ~ Cemburu, ragu-ragu, degil, mudah terpedaya, kurang percaya pada orang pendusta
 

Thursday, February 7, 2013

AKTIVITI YANG BOLEH DIJALANKAN

Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan di Kompleks Rakan Muda Sukan Air Rompin adalah seperti berikut:-


Abseiling dan Lain-lain aktiviti berkaitan tali
 

 
Aktiviti "Jungle Tracking" dan Ikhtiar Hidup
 
 Klinik Kayak
 
 Aktiviti "Night Walk" dan "Solo Drop"
 
 Aktiviti Perkhemahan serta Kursus Rekreasi
 
 "Fire Camp"
 
 Aktiviti Orienteering dan Navigasi
 
 Ekspedisi Kayak
 
 Klinik dan Pertandingan Badminton
 
Kursus Asas Skuba "Open Water"
 
 
 
Selain dari yang dinyatakan di atas, aktiviti-aktiviti lain juga seperti "team building", Futsal, Sepak Takraw serta aktiviti berkaitan Kepimpinan dan Pengurusan Persatuan boleh dijalankan di sini.