Wednesday, May 15, 2013

PENGHARGAAN TERIMA KASIH
 
Sekalung penghargaan terima kasih yang tidak terhingga buat
Haji Tuan Abdul Rahim Bin Tuan Baharu, mantan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang yang bertukar ke Pejabat Pesuruhjaya Sukan setelah menabur bakti, menyemai budi di Bumi Darul Makmur ini khususnya di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang bermula 1/4/2008 hingga 13/5/2013.
 
Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
 
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan
Hidup adalah perubahan
Tak tau bagaimana lajunya putaran
Tapi roda selalu berputaran.
 
Dalam setiap perjalanan kita merantai kisah
suka duka
tangis tawa
Kita banyak berkongsi masalah
kadang-kadang kita tak sehaluan
Tapi lebih banyak kita bergandingan tangan.
 
 
Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan
 
Tuai padi antara nampak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
 
Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
           Panjang usia bersua kembali          
 
SELAMAT DATANG
 
Kami warga Kompleks Rakan Muda Sukan Air Rompin mengucapkan Selamat Datang kepada Pengarah baru Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang,
Tuan Haji Kamaruzzaman Hassan Bin Mansor yang sebelum ini bertugas di Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara,
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
 
Kedatangan Tuan Pengarah yang baru ini diibaratkan sebagai sireh pulang keganggang kerana pernah menjadi Pengarah di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang pada 17/12/2004 hingga 1/1/2007.
 
Semoga Jabatan Belia dan Sukan Negeri akan terus cemerlang di bawah kepimpinan tuan dalam memartabatkan pembangunan belia dan sukan di Negeri Pahang.